Pengalaman Asy Turun Berat dengan Intermittent Fasting.
Apa Itu Intermittent Fasting?
Kalau anda perasan, banyak jenis diet yang fokus apa yang perlu kita makan, tetapi intermittent fasting fokus tentang waktu untuk kita makan. Dengan intermittent fasting, kita hanya makan pada masa tertentu.
Ada kajian yang menunjukkan, bila kita berpuasa beberapa jam (Intermitten Fasting) setiap hari atau makan hanya satu hidangan sehari (OMAD) beberapa hari seminggu sangat bagus untuk kesihatan badan.
Boleh baca kajian tentang intermittent fasting selama 25 tahun daripada pakar neuro-sains, Johns Hopkins Mark Mattson dan juga explore lebih lanjut tentang jenis-jenis intermittent fasting, jemput baca sharing dari Kak Syaz.
Berapa Lama Tempoh Nak Buat Intermittent Fasting Ni?
- Beginner intermittent fasting ; boleh buat minimum 12 jam puasa dan 12 jam makan.
- Regular intermittent fasting ; boleh buat minimum 16 jam puasa dan 8 jam makan.
- Expert intermittent fasting ; boleh buat minimum 20 jam puasa dan 4 jam makan.
Pengalaman Asy Turun Berat Sepantas Kilat dengan Intermittent Fasting.
Bertitik tolak dengan rasa badan sendiri makin berat, Asy beli lah satu penimbang digital yang ada fungsi boleh bagi gambaran kasar tentang keadaan badan kita. Tak mahal pun, RM50 sahaja. Bila Asy tengok visceral fat (lemak tepu) dalam badan Asy dah sampai tahap yang tinggi, kat sini lah turning point Asy mula bertekad nak buat intermittent fasting.
Fasa berat dah naik tapi buat-buat tak nampak. |
Masa ni, baru cuba-cuba teh diet Shaklee. |
Asy dah pernah buat 12 jam puasa, 12 jam makan tapi macam tak berganjak pun bacaan lemak tepu Asy. Maka Asy bulatkan hati untuk buat intermittent fasting dengan formula 23 jam puasa dan 1 jam makan. Orang kata, ni tahap paling hard-core lah dalam intermittent fasting.
Lepas bulan kedua buat intermittent fasting selama 23 jam. |
Hard core atau tak, tolak tepi. Sebab matlamat Asy, nak turunkan bacaan lemak tepu dengan lebih cepat dan juga turunkan percentage lemak dalam badan Asy. Ngeri kalau diingat balik! Tapi, bila buat intermittent fasting formula 23:1 ni, masya Allah serius tak sangka lemak sangat cepat turun, dan bacaan visceral fat pun turun!
Gambar terbaru Asy masa ke Langkawi bulan lepas. Yeayyyy, lemak dah mula berkurang!! |
Kalau kawan-kawan nak tau, visceral fat adalah lemak yang sangat susah nak turun bacaan dia. Visceral fat ni boleh diibaratkan macam lemak dekat pedal ayam. Pernah tengok? Ya, begitulah ibaratnya visceral fat. Kalau kita tengok pun dah geli, bayangkan lah lemak tepu yang wujud dengan bahagianya dalam badan kita. Cepat-cepat Asy halau lemak tepu tu dengan intermittent fasting.
Comments
Post a Comment